Nama asal SK St. Anne Sarikei ialah Sekolah Rendah St
Anthony (St. Anthony Primary School) dan terletak di tapak Sekolah Menengah
Bantuan St Anthony sekarang ini. Sekolah
Rendah St Anthony ditubuhkan oleh mendiang Rev. Father Ching Ting Huong pada
tahun 1936 dan ditadbir oleh Mubaligh Katolik.
Beberapa tahun kemudian sekolah tersebut telah membuka kelas-kelas
menengah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3.
Dengan itu sekolah rendah dan sekolah menengah diwujudkan dengan
berkongsi bangunan. Bahasa pengantar
pada masa itu ialah bahasa Inggeris manakala sekolah rendah dalam aliran bahasa
Cina diadakan pada waktu petang.
Mulai tahun 1941, pentadbiran sekolah ini ditutup selama
3 tahun 8 bulan atas sebab Sarawak ditakluki dan diperintah oleh tentera Jepun. Tamatnya pemerintahan Jepun, sekolah ini
dibuka emula dan berkembang maju dengan kelas tingkatan 4 pada tahun 1960 oleh
mendiang Rev. Father Rottinghuis yang merupakan pengetua pada masa itu.
Pada tahun 1967, Sekolah Rendah St. Antony dipisahkan daripada
Sekolah Menengah Bantuan St. Anthony atas cadangan Rev. Father
Rottinghuis. Oleh itu, bangunan sekolah
rendah in mula dibina pada tahun yang sama di satu kawasan yang berhampiran
dengan gereja St. Anthony. Pada tahun
1960, nama sekolah tersebut telah ditukar kepada St. Anne Primary School dan
guru besarnya yang pertama ialah Rev. Mother Angela Goh.
Sejarah awal sekolah ini diketui dan diuruskan oleh
beberapa orang paderi Katholik yang datang dari negara Eropah seperti Rev.
Father Mo Hugh, Rev. Father Rottinghuis, Rev. Father Ahem, dan Rev. Father
Mogan. Sejak penubuhannya sekolah ini
telah mendidik ramai murid dan dalam kalangan mereka kini menjadi orang
kenamaan. Antaranya ialahdatuk Chong
Siew Fai, Hakim Besar Borneo dan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham
Tun Abang Haji Openg. Allahyaham
merupakan bakas murid di sekolah itu pada wakti sebelum Perang dunia Kedua.
SK St. Anne merupakan sebuah sekolaj dalam kategori
sekolah bandar jenis Gred A. Sistem
pengurusanya yang teratur, berkesan dan proaktif telah menjadikan sekolah ini
mengalami banyak perubahan yang memberansangkan serta menggalakkan. Pencapaian prestasi sekolah ini sentiasa
cemerlang dan mengkagumkan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum,
disiplin, sahsiah murid dan juga prasarana sekolah. Pencapaian prestasi SK St. Anne yang
membanggakan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen semua warga sekolah di
samping sokongan yang padu dari pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG sekolah,
Wakil-wakil rakyat tempatan, Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat
setempat.
Walaupun SK St. Anne merupakan sebuah sekolah bandar dan
menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam mengharungi arus pembangunan
pendidikan yang sejajar dengan matlamat dan objektif Pendidikan Kebangsaan tetapi
warga sekolah ini tetap komited dan bekerjasama dalam merealisasikan matlamat
yang telah ditetapkan. Dalam
meralisasikan wawasan sekolah ini, warga SK St. Anne sentiasa berpegang kepada
visi, misi, motto dan slogan sekolah serta berusaha memenuhi tuntutan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Pendek kata, SK St. Anne yang terletak di sebuah tempat
berdekatan dengan Sungai Rajang mampu memiliki dan memenuhi ciri-ciri ‘Sekolah
Gemilang’ berkat perancangan dan pengurusan yang teratur dan penuh dedikasi,
komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, sokongan padu pihak Lembaga
Pengurusan Sekolah dan PIBG serta sumbangan dan sokongan daripada Pejabat
Pelajaran Daerah Sarikei, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Kementerian
Pelajaran Malaysia, wakil-wakil rakyat dan masyarakat tempatan di bahagian
Sarikei.
No comments:
Post a Comment