*Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas.
SK St. Anne Sarikei, KM ¾, Peti Surat 126,Jalan Repok,96100 Sarikei,Sarawak.
Wednesday, 30 May 2012
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GBKSM
Tuesday, 29 May 2012
MOTTO
"Kaunseling ke Arah Kesejahteraan Hidup"
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
Perancangan
Strategik Unit Bimbinga n dan Kaunseling merupakan perancangan jangka panjang
yang menjangkau 5 tahun Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SK St. Anne
Sarikei, bagi tujuan merancang, menyedia, melaksana, mengawalselia serta
menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan. Perancangan ini merangkumi :-
a. Akademik
b. Kerjaya
c. Psikososial
d. Keibubapaan
e. Pembangunan
Diri Pelajar
f. Pendidikan
Pencegahan Dadah
g. Pengurusan
dan Pentadbiran
h. Perkhidmatan
Kaunseling Individu dan Kelompok
i. Pembimbing
Rakan Sebaya
Visi
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang 2020.
Misi
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:-
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan;
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia;
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik;
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling;
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar;
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)