Thursday, 21 June 2012

Gayu Guru Gerai Nyamai

Assalamualaikum WBT…
Salam 1 Malaysia…

Laporan ni agak back dated… sorry…

18 JUN 2012

Hari ini kiteorang sambut perayaan Hari Gawai di sekolah.  Sambutan ini dikendalikan oleh warga Iban St. Anne yang diketuai oleh Pn. Catherine Ak Joseph Pasca.  Meriah.. masak2 makan2 sembang2 cit chat2 macam2 kiteorang buat..  Harap tahun depan ada lagi…



Ayam Pansuh





Sunday, 17 June 2012

Mesyuarat MaCS Gemilang


Assalamualaikum WBT...
Salam 1 Malaysia...

15 Jun 2012

Mesyuarat MaCS Gemilang (Tajun 6) 2012
Tarikh : 15 Jun 2012
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 pm hingga 4.30 pm

Perlibatan bersama Guru Besar, PK 1, Guru BK, Guru Kelas, dan Guru Matapelajaran Teras tahun 6 bagi membincangkan isu-isu pencapaian murid-murid tahun 6 berdasarkan analisis peperiksaan semester 1.  Persoalan-persoalan semasa ditimbulkan dan konsultasi bersama dilakukan bagi mencari punca dan penyelesaian kepada masalah pembelajaran murid-murid tahun 6 ini.  Seterusnya, kolaborasi bersama Guru Besar, Guru BK, Ibu bapa, Murid akan diadakan dari semasa ke semasa.


Buat warga St. Anne ambillah iktibar dari kegagalan lepas kerana suatu hari dengan usaha yang jitu pasti ada cahaya kegemilangan yang menanti.  Berusahalah di  dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya.

Wednesday, 13 June 2012

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum WBT..
Salam 1 Malaysia...

Masih belum terlambat bagi kami, warga St. Anne untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Pn. Yii Mee Kiong yang telah melangsungkan majlisnya dalam suasana gilang gemilang pada 2 Jun 2012.  Semoga berbahagia menempuhi alam perkahwinan dan alam berkeluarga bersama suami tercinta. 







Sebahagian dari kesempurnaan kebahagian di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.


Selamat Kembali Ke Sekolah


Assalamualaikum WBT..
Salam 1 Malaysia...

11 Jun 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua warga St. Anne.  Hehehe sedar x sedar dah habis cuti upanya dan x sangka ya sudah setengah tahun berlalu.  Dengan keazaman yang baru, insayallah semester baru ini akan menjadi semester yang lebih baik kepada kita semua berbanding semester lepas.  Yang penting Dont’s be Sad atas pahit manis kehidupan semalam.  Hangatkan diri anda dengan semangat baru.  Semoga kita semua sukses dalam apa jua bidang yang kita sertai..

Ladies N Gentlemen


Assalamualaikum WBT..
Salam 1 Malaysia...

10 Jun 2012

Sudah lama menjadi impian dan angan-angan..ckit2 perancangan dibuat.. 
Dengan bantuan dari bestfriend ku ZAHRA ZAINUDIN akhirnya impian menjadi kenyataan...

Finally, blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SK St. Anne berjaya dilancarkan.  Moga segala tatapan menjadi hiburan buat kalian. 

Friday, 1 June 2012

LAGU SEKOLAH






LIRIK LAGU SEKOLAH

Harum semerbak namamu
St Anne sekolahku tercinta
Berbilang kaum, agama, keturunan
Belajar di bawah bumbungmu.

Berdisiplin, berbakti semua
Semaikan amalan mulia
Kami pelajar semuanya berikrar
Manurut Rukun Negara

Chorus :
            SK St Anne sekolahku cintai
            Tempatku menimba ilmu di dada
            Baktimu guruku mendidikku sentiasa
            Kekal ku kenang buat selamanya

Indah ceria sekolahku cintai
Harum namamu di pelusuk kota
Kan kuterus usaha mencapai cita jaya
Demi wawasan nusa dan bangsa


Senikata & lirik ciptaan : Cikgu Richard Bungang
Cikgu Regina Steward

SEJARAH SEKOLAH




Nama asal SK St. Anne Sarikei ialah Sekolah Rendah St Anthony (St. Anthony Primary School) dan terletak di tapak Sekolah Menengah Bantuan St Anthony sekarang ini.  Sekolah Rendah St Anthony ditubuhkan oleh mendiang Rev. Father Ching Ting Huong pada tahun 1936 dan ditadbir oleh Mubaligh Katolik.  Beberapa tahun kemudian sekolah tersebut telah membuka kelas-kelas menengah iaitu tingkatan 1, 2 dan 3.  Dengan itu sekolah rendah dan sekolah menengah diwujudkan dengan berkongsi bangunan.  Bahasa pengantar pada masa itu ialah bahasa Inggeris manakala sekolah rendah dalam aliran bahasa Cina diadakan pada waktu petang.

Mulai tahun 1941, pentadbiran sekolah ini ditutup selama 3 tahun 8 bulan atas sebab Sarawak ditakluki dan diperintah oleh tentera Jepun.  Tamatnya pemerintahan Jepun, sekolah ini dibuka emula dan berkembang maju dengan kelas tingkatan 4 pada tahun 1960 oleh mendiang Rev. Father Rottinghuis yang merupakan pengetua pada masa itu.

Pada tahun 1967, Sekolah Rendah St. Antony dipisahkan daripada Sekolah Menengah Bantuan St. Anthony atas cadangan Rev. Father Rottinghuis.  Oleh itu, bangunan sekolah rendah in mula dibina pada tahun yang sama di satu kawasan yang berhampiran dengan gereja St. Anthony.  Pada tahun 1960, nama sekolah tersebut telah ditukar kepada St. Anne Primary School dan guru besarnya yang pertama ialah Rev. Mother Angela Goh.

Sejarah awal sekolah ini diketui dan diuruskan oleh beberapa orang paderi Katholik yang datang dari negara Eropah seperti Rev. Father Mo Hugh, Rev. Father Rottinghuis, Rev. Father Ahem, dan Rev. Father Mogan.  Sejak penubuhannya sekolah ini telah mendidik ramai murid dan dalam kalangan mereka kini menjadi orang kenamaan.  Antaranya ialahdatuk Chong Siew Fai, Hakim Besar Borneo dan Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyaham Tun Abang Haji Openg.  Allahyaham merupakan bakas murid di sekolah itu pada wakti sebelum Perang dunia Kedua.

SK St. Anne merupakan sebuah sekolaj dalam kategori sekolah bandar jenis Gred A.  Sistem pengurusanya yang teratur, berkesan dan proaktif telah menjadikan sekolah ini mengalami banyak perubahan yang memberansangkan serta menggalakkan.  Pencapaian prestasi sekolah ini sentiasa cemerlang dan mengkagumkan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, disiplin, sahsiah murid dan juga prasarana sekolah.  Pencapaian prestasi SK St. Anne yang membanggakan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen semua warga sekolah di samping sokongan yang padu dari pihak Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG sekolah, Wakil-wakil rakyat tempatan, Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Walaupun SK St. Anne merupakan sebuah sekolah bandar dan menghadapi pelbagai masalah dan halangan dalam mengharungi arus pembangunan pendidikan yang sejajar dengan matlamat dan objektif Pendidikan Kebangsaan tetapi warga sekolah ini tetap komited dan bekerjasama dalam merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan.  Dalam meralisasikan wawasan sekolah ini, warga SK St. Anne sentiasa berpegang kepada visi, misi, motto dan slogan sekolah serta berusaha memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendek kata, SK St. Anne yang terletak di sebuah tempat berdekatan dengan Sungai Rajang mampu memiliki dan memenuhi ciri-ciri ‘Sekolah Gemilang’ berkat perancangan dan pengurusan yang teratur dan penuh dedikasi, komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, sokongan padu pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG serta sumbangan dan sokongan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Sarikei, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Kementerian Pelajaran Malaysia, wakil-wakil rakyat dan masyarakat tempatan di bahagian Sarikei.

MAKLUMAT AM




*Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

LOGO SEKOLAH




Pengertian logo

Warna Biru          : Perpaduan dan keharmonian masyarkat SKSAS
Warna Kuning : Kesetiaan dan kepatuhan kepada semua undang-undang dan peraturan
Warna Merah    : Keberanian dan kecekalan serta semangat waja untuk mencapai cita-cita
Warna Putih       : Kesucian dan keluhuran budi warga SKSAS
Obor                     : Melambangkan semangat yang membakar dalam ciri setiap anggota warga SKSAS untuk mencapai kegemilangan kokurikulum
Buku                    : Mementingkan pencapaian dan kecemerlangan akademik
Alat Sains            : Melambangkan warga sekolah mementingkan sains dan teknologi
Motto                  : Non Scholae Sed Vitae membawa maksud pendidikan untuk seumur hidup


Maksud keseluruhan lencana

Melambangkan sekolah ini menuntut murid mencapai keseimbangan dalam mengikut perkembangan sains dan teknologi.  Pendidikan juga adalah untuk seumur hidup mementingkan nilai-nilai murni.